Lanjut ke konten

SERULING SAKTI

Juni 7, 2011

Pada zaman dahulu
terdapat sebuah pekan
kecil yang sangat cantik
terletak di kaki bukit. Pekan
tersebut di kenali
Hamelyn. Penduduk di
pekan tersebut hidup
dengan aman damai,
tetapi sikap mereka tidak
perihatin terhadap
kebersihan. Pekan tersebut
penuh dengan sampah
sarap. Mereka membuang
sampah di merata-rata
menyebabkan pekan
tersebut menjadi tempat
pembiakan tikus. Semakin
hari semakin banyak tikus
membiak menyebabkan
pekan tersebut dipebuhi
oleh tikus-tikus.
Tikus-tikus berkeliaran
dengan banyaknya
dipekan tersebut. Setiap
rumah tikus-tikus
bergerak bebas tanpa
perasaan takut kepada
manusia. Penduduk di
pekan ini cuba membela
kucing untuk menghalau
tikus dan ada diantara
mereka memasang
perangkap tetapi tidak
berkesan kerana tikus
terlampau banyak. Mereka
sungguh susah hati dan
mati akal bagaimana untuk
menghapuskan tikus-tikus
tersebut.
Musibah yang menimpa
pekan tersebut telah
tersebar luas ke pekan-
pekan lain sehinggalah
pada suatu hari seorang
pemuda yang tidak
dikenali datang ke pekan
tersebut dan menawarkan
khidmatnya untuk
menghalau semua tikus
dengan syarat penduduk
pekan tersebut membayar
upah atas kadar dua
keping wang mas setiap
orang. Penduduk di pekan
tersebut berbincang
sesama mereka diatas
tawaran pemuda tadi. Ada
diatara mereka tidak
bersetuju oleh kerana
mereka tidak sanggup
untuk membayar upah
yang sangat mahal.
Setelah berbincang
dengan panjang lebar
akhirnya mereka bersetuju
untuk membayar upah
seperti yang diminta oleh
pemuda itu kerana mereka
tidak mempunyai pilihan
lain.
Keputusan tersebut
dimaklumkan kepada
pemuda tadi, lalu dia
mengeluarkan seruling
sakti dan meniupnya.
Bunyi yang keluar dari
seruling itu sangat merdu
dan mengasik sesiapa
yang mendengarnya.
Tikus-tikus yang berada
dimerata tempat didalam
pekan tersebut mula
keluar dan berkumpul
mengelilinginya. Pemuda
tadi berjalan perlahan-
lahan sambil meniup
seruling sakti dan menuju
ke sebatang sungai yang
jauh dari pekan tersebut.
Apabila sampai ditepi
sungai pemuda tadi terus
masuk kedalamnya dan
diikuti oleh semua
tikus.Tikus-tikus tadi tidak
dapat berenang didalam
sungai dan semuanya
mati lemas.
Kini pekan Hamelyn telah
bebas daripada serangan
tikus dan penduduk
bersorak dengan
gembiranya. Apabila
pemuda tadi menuntut
janjinya, penduduk
tersebut enggan
membayar upah yang
telah dijanjikan kerana
mereka mengangap kerja
yang dibuat oleh pemuda
tadi tidak sepadan dengan
upah yang diminta kerana
hanya dengan meniupkan
seruling sahaja. Pemuda
tadi sangat marah lalu dia
menuipkan seruling
saktinya sekali lagi. Irama
yang keluar dari seruling
itu sangat memikat hati
kanak-kanak
menyebabkan semua
kanak-kanak berkumpul di
sekelilingnya. Satelah
semua kanak-kanak
berkumpul pemuda tadi
berjalan sambil
meniupkan seruling dan
diikuti oleh semua kanak-
kanak. Pemuda itu
membawa kanak-kanak
tersebut keluar dari pekan
Hamelyn. Setelah Ibu Bapa
menyedari bahawa
mereka akan kehilangan
anak-anak, mereka mulai
merasa cemas kerana
kanak-kanak telah
meninggalkan mereka dan
mengikuti pemuda tadi.
Mereka mengejar pemuda
tadi dan merayu supaya
menghentikan daripada
meniup seruling dan
memulangkan kembali
anak-anak mereka. Merka
sanggup memberi semua
harta benda yamg ada
asalkan pemuda tersebut
mengembalikan anak-anak
mereka.
Rayuan penduduk tidak
diendahkan oleh pemuda
tadi lalu mereka
membawa kanak-kanak
tersebut menuju kesuatu
tempat dan apabila
mereka sampai disitu
muncul sebuah gua
dengan tiba-tiba. Pemuda
tadi mesuk ke dalam gua
itu dan diikuti oleh kanak-
kanak. Setelah semuanya
masuk tiba-tiba gua
tersebut gaib dan hilang
daripada pandangan
penduduk pekan tersebut.
Mereka tidak dapat berbuat
apa-apa oleh kerana
mereka telah memungkiri
janji yang mereka buat.
Merka menyesal diatas
perbuatan mereka tetapi
sudah terlambat. Sesal
dahulu pendapatan sesal
kemudian tidak berguna.
Sehingga hari ini
penduduk pekan Hamelyn
tidak melupakan kesilapan
yang dilalukan oleh nenek
moyang mereka. Menepati
janji adalah pegangan
yang kuat diamalkan oleh
penduduk pekan Hamelyn
sehingga hari ini.

No comments yet

Tinggalkan komentar